HDC: Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak kini dibuka

Infographic on the Sarawak Rental Assistance Scheme (SRAS).
Advertisement

KUCHING, 21 Julai: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak membuka Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Haji Ahmad berkata, SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan, selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum.

“Skim ini dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, layari http://hdc.sarawak.gov.my. Maklumat juga boleh dilayari di laman Facebook Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi HDC.

Menurut Mohamad Asman, permohonan SRAS adalah terbuka untuk warganegara Malaysia khasnya anak Sarawak.

Peserta yang tersenarai di dalam sistem e-Kasih atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan juga dialu-alukan memohon.

Pemohon boleh menghubungi terus Ibu Pejabat HDC Kuching ditalian 082-444381 atau 082443681 untuk sebarang pertanyaan. Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

SRAS diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021 pada November tahun lalu. — DayakDaily

Advertisement