Hari ke-6 Ops Selamat ke 18 di Daerah Marudi, sebanyak 8 saman kesalahan trafik dikeluarkan

Anggota sedang melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 5 Mei: Sebanyak lapan saman melibatkan perbagai kesalahan traffik telah dikeluarkan pada hari keenam Ops Selamat ke 18 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di daerah Marudi pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib antara saman yang dikeluarkan melibatkan gagal mempamerkan lesen memandu ketika diperiksa (2); meletakkan kenderaan menghalang lalu lintas (1); lampu motorsikal tidak menyala (1); tayar botak (1 -lori); number plat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (1); tidak menggunakan topi keledar (1); dan gagal mempamerkan lesen kenderaan motor (LKM)-(1).

Advertisement

Ruslan berkata, Op selamat telah mula dijalankan mulai April seingga 8 Mei di sekitar pekan Marudi.

Dalam masa yang sama, Ruslan berkata, pasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Marudi bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD)Marudi bersama anggota Balai polis Beluru telah menjalankan Ops Perdagangan pada Rabu (4 Mei) bermula jam 3 petang sehingga 5 petang diketuai Inspektor G visvanathan a/l Guna cekeren dengan 3 anggota trafik Marudi dan 1 Anggota daripada Tugas Am Balai polis Long Lama.

Ujarnya, penugasan Rondaan Cegah Kemalangan dan Pencegahan Jenayah sempena Ops Selamat Ke-18 di sekitar Jalan Beluru / Jalan Lapok dan Jalan long lama juga dijalankan.

Penugasan pada Op selamat 18 menekankan kepada stop &talk ,menasihati pengguna jalan raya serta mengambil tindakan juga terhadap kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. — DayakDaily

Advertisement