Harga sayur-sayuran import dan tempatan dilaporkan naik mendadak di Miri

Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil (tengah) bersama anggota melakukan pemeriksaan di sebuah kawasan pasar.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 3 Disember: Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Miri hari ini mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran import seperti sayur kubis, broccoli daripada China.

Perkara ini disahkan ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil selepas mengadakan beberapa pemeriksaan di sekitar Miri.


“Pihak peniaga di pasar memaklumkan berlaku kenaikan harga daripada pembekal, begitu juga bagi keluaran sayur tempatan, pihak peruncit dan peladang yang mengeluarkan sayur tempatan juga telah disiasat dan memaklumkan isu kenaikan harga disebabkan kekurangan tenaga pekerja dan kenaikan kos harga baja dan racun serangga,” ujarnya.

Susulan daripada pemeriksaan itu, pihak KPDNHEP Miro telah mengeluarkan lima notis bertulis dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan ke atas pembekal tersebut bagi tujuan siasatan lanjut.

“Pihak Kementerian menasihatkan kepada mana-mana peniaga supaya tidak menaikkan harga sesuka hati,” tegas Joe Azmi.

Tambahnya, sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga, maka pihak Kementerian akan mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang menghendaki pihak peniaga menjawab notis dengan pembuktian kenaikan harga tersebut dan juga pihak Kementerian akan menyiasat secara menyeluruh sekiranya berlaku kenaikan. ― DayakDaily