KUALA LUMPUR, 12 Feb: Harga runcit bagi produk petroleum RON97 dan RON 95 naik tiga sen manakala harga runcit bagi disel naik empat sen berkuatkuasa pada tengah malam ini
Menurut kenyataan Kementerian hari ini, penentuan harga runcit bagi tiga produk petroleum terbabit bagi tempoh 13 hingga 19 Februari ini dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Dengan kenaikan harga runcit tersebut, harga runcit bagi seliter RON97 naik kepada RM2.26 seliter daripada RM2.26 seliter manakala harga runcit bagi RON95 naik daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 Seliter.
“Sementara itu, harga runcit bagi diesel pula naik daripada RM2.11 kepada RM2.15 seliter,”katanya
Jelas kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia kepada sektor ekonomi serta masyarakat pengguna di negara ini
Pada masa sama, mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -Dayakdaily