KUCHING, 27 Nov: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 akan naik tiga sen manakala harga runcit diesel akan naik empat sen dari 28 November hingga 4 Disember depan.
Harga runcit RON97 akan naik tiga sen dari RM1.94 seliter ke paras RM1.97 seliter dan harga runcit RON95 juga akan naik tiga sen dari RM1.64 ke paras RM1.67 seliter.
Mengikut laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penguna di kpdnhep.gov.my hari ini, harga runcit diesel pula akan naik empat sen dari RM1.81 seliter ke paras RM1.85 seliter.
Kenaikan harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel itu akan mula berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini. — DayakDaily