Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik mulai 2-8 Januari

Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel dari tempoh 2 Januari hingga 8 Januari ini disiarkan Kementerian Kewangan Malaysia di laman Facebooknya.

KUCHING, 1 Jan: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 akan naik empat sen seliter manakala diesel akan naik tiga sen seliter dari tempoh 2 Januari hingga 8 Januari ini.

Kementerian Kewangan Malaysia di laman Facebooknya, hari ini mendedahkan harga runcit petrol RON97 akan naik sebanyak empat sen seliter daripada RM2.10 seliter kepada RM2.14 seliter.

Harga runcit petrol RON95 juga akan naik empat sen seliter iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM1.84 seliter.


Manakala harga runcit diesel akan naik tiga sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter. — DayakDaily