Harga runcit petrol RON 97 RON95 diesel naik

Harga runcit bagi petrol RON 97 dan RON95 serta diesel akan naik dari 14 November sehingga 20 November

KUCHING, 13 Nov: Harga runcit bagi petrol RON 97 dan RON95 serta diesel akan naik dari 14 November sehingga 20 November depan.

Mengikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di laman sesawangnya kpdnhep.gov.my hari ini mendedahkan harga runcit RON 97 akan naik 1 sen ke paras RM1.92 seliter.

Manakala RON95 juga akan naik 1 sen ke paras RM1.62 seliter dan harga runcit diesel akan naik 6 sen ke paras RM1.74 seliter.

Kenaikan harga runcit RON 97, RON95 dan diesel terbabit akan mula berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 14 November. — DayakDaily