Harga komoditi rendah, kenaikan harga barang di luar bandar perlu penyelesaian segera

Mohd Razi Sitam

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 8 Nov: ADUN Saribas Mohamad Razi Sitam menggesa kerajaan pusat segera menyelesaikan masalah harga komoditi utama yang semakin rendah.

Pada perbahasan Belanjawan Negeri 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, beliau juga meminta masalah kenaikan harga barang di luar bandar turut diberi keutamaan.


“Kita sangat simpati kepada pengusaha atau peladang tempatan apabila harga komoditi utama seperti produk kelapa sawit jatuh mendadak di bawah RM270 setan.

“Ini jauh bezanya jika dibandingkan keadaan sebelum 2018, dimana harga mencecah sehingga RM500 ke RM600 setan. Kesan yang teruk ini menyebabkan petani kita merungut akibat hasil yang tidak memberi keuntungan,” katanya.

Justeru, beliau bertanya usaha kerajaan pusat untuk memperkukuhkan keadaan ini yang sehingga sekarang masih belum menunjukkan peningkatan.

“Dahulu sebelum menjadi kerajaan pusat, pemimpin pemimpin inilah yang berkata kononnya harga komoditi tidak menarik, harga barang mahal kerana GST.

“Tetapi kini kita lihat hasilnya, harga barang yang dahulunya mahal boleh turun kalau laksanakan SST, dan sekarang masih juga tidak turun,” ujar Razi.

Beliau berkata harga komoditi utama patut dipertahankan agar terus meningkat untuk meningkatkan taraf hidup petani seluruh negara. — DayakDaily