KUCHING, Mei 23: Harga beli lada hitam berkualiti eksport pihak Lembaga Lada Malaysia (MPB) sudah naik mencecah RM10 sekilogram hari ini.
Pengerusi MPB, Larry Sng mendedahkan kenaikan harga itu di laman Facebooknya hari ini dengan butiran itu juga boleh diperolehi dari Portal Rasmi MPB.
“Lada hitam LBE (Lada Berkualiti Eksport) hari ini naik sehingga RM10 sekilogram,” menurutnya.
Portal Rasmi MPB mendedahkan harga belian lada MPB hari ini ialah RM10,019 setan bagi lada hitam LBE special dan harga belian lada hitam gred 1 pula RM9,100 setan.
Manakala purata harga lada hitam gred 1 hari ini bagi Kuching ialah RM8,980 setan manakala di Serian (RM9,050 setan), Sri Aman (RM9,000 setan), Sarikei (RM9,060), Bintangor (RM8,850), Sibu (RM8,800),Kapit (RM8,830), dan Bintulu (RM8,700). — DayakDaily