Hadiah utama pertandingan ‘H&L CNY Spend & Huat’ bernilai RM16,888 dimenangi guru dari Bau

Adline (berdiri lima dari kanan) bersama pemenang lain menunjukkan baucer membeli belah di pasaraya H&L yang dimenangi mereka dalam pertandingan 'H&L CNY Spend & Huat'.
Advertisement

KUCHING, Mac 10: Hadiah utama pertandingan ‘H&L CNY Spend & Huat’ berupa baucer beli belah di pasaraya H&L bernilai RM16,888 telah dimenangi seorang guru sekolah di Siniwan, Bau, Adline Anyon, 51 setelah mencabut angpow berisi hadiah itu di cawangan pasaraya H&L Kuching Sentral, di sini, hari ini.

Keseluruhannya seramai 15 pelanggan pasaraya H&L berjaya ke pusingan akhir pertandingan terbabit yang bermula 1 Disember 1, 2018 sehingga Febuari 28 lepas.

Pemenang semua hadiah pertandingan ditentukan melalui cabutan angpow dengan hadiah tempat pertama berupa berupa baucer sama bernilai RM3,888 dimenangi Veronica Aking dan tempat kedua berupa baucer sama bernilai RM1,688 dimenangi Suzie Mathew.

Advertisement

Manakala seramai 12 pelanggan lain berjaya memasuki pusingan akhir terbabit pula menerima hadiah baucer sama bernilai RM388 dengan kesemua hadiah terbabit telah disampaikan Pegawai Pemasaran H&L, Lianny Bujang.

Pemenang hadiah utama, Adline berkata beliau sebelum ini kerap menyertai pertandingan anjuran pasaraya H&L kepada pelanggannya tapi hanya pernah mendapat hadiah saguhati sahaja sebelum ini.

“Ini termasuk tahun lepas, apabila saya menang hadiah saguhati yang berupa sebuah mesin pengering rambut, tetapi tahun ini saya berjaya mendapat hadiah utama pertandingan yang bernilai RM16,888,” katanya.

Beliau berkata akan mengunakan hadiah utama berupa baucer bernilai RM16,888 terbabit bagi membeli barangan makanan dan bercadang membeli-belah sepuasnya di pasaraya H&L ketika cuti sekolah hujung bulan ini. — DayakDaily

Advertisement