Hab fesyen Juma’ani Pavilion tampil baju raya 2024

Juma'ani (tujuh dari kanan) di Majlis Pelancaran Koleksi Raya Juma'ani Pavillion.

KUCHING, 25 Feb: Hab fesyen Juma’ani Pavilion kini tampil dengan koleksi baju melayu, baju kurung dan baju kanak-kanak bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Centexs Komersial Shahren Yusri, koleksi-koleksi raya dengan rekaan terbaharu itu dijual dengan harga di bawah RM200.

“Koleksi ini dilancarkan di bawah Juma’ani Pavilion—kita berkembang melangkah setapak lagi.


“Hari ini kita tampilkan baju kurung, baju melayu dan baju kanak-kanak Juma’ani Pavilion,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Raya Juma’ani Pavillion di Petra Jaya hari ini.

Shahren Yusri

Pelancaran telah disempurnakan isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sebagai permulaan, tambah Shahren, pihaknya menyediakan sebanyak 300 baju kurung dan 300 baju melayu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Juma’ani Pavilion yang beroperasi sejak empat tahun lalu berjaya menjual 30,000 produk warisan.

Katanya, produk warisan seperti kraf dan tekstil dibeli oleh syarikat syarikat kooporat dan agensi kerajaan.

“Pelanggan utama kita ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” kata Shahren. — DayakDaily