Guru durjana rogol pelajar dalam kenderaan dicekup

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

Oleh Dean Adam

SARATOK, Dis 17: Perbuatan durjana seorang guru yang disyaki merogol seorang pelajar akhirnya membawa padah apabila lelaki tersebut ditahan semalam.

Guru yang berusia 41 tahun tersebut diberkas selepas dia tampil memberikan keterangan di Balai Polis Saratok.

Advertisement

Jurucakap polis berkata, suspek akan direman sehingga Disember 22 untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Berdasarkan laporan diterima, mangsa yang berusia 13 tahun sebelum itu telah mendedahkan kejadian hitam yang menimpa dirinya kepada neneknya.

“Nenek mangsa yang terkejut dengan pengakuan cucunya kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Dsp Mordani Tanin mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan suspek.

Katanya, suspek didakwa telah melakukan hubungan seks lima kali dengan mangsa di dalam sebuah kenderaan di Roban.

“Buat masa ini, kes berkenaan masih lagi dalam proses siasatan, manakala mangsa telah dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement