Guru cemas, kereta dipandu rempuh besi penghadang jambatan

Keadaan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan atas Jambatan Sungai Limo, Lundu.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


LUNDU, April 13: Seorang guru cemas apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu merempuh besi penghadang jambatan dalam kemalangan di Jambatan Kampung Sungai Limo di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kereta yang dipandu guru berkenaan melintang di atas jambatan tersebut.

Insiden tersebut dipercayai berlaku berikutan jambatan kayu tersebut licin ekoran hujan yang berlaku sebelum itu.


Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kemalangan itu.

Bahagian depan kereta itu remuk teruk dan pemandunya bernasib baik apabila kenderaan tersebut tidak terhumban masuk ke dalam sungai di situ. — DayakDaily