GPS dicabar DAP, PSB dan Bebas di Parlimen Serian

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lim Hock Meng menumumkan calon untuk Parlimen Serian ( dari kiri) Richard Riot, Alim, Learrry dan Elsiy di Pusat Penamaan calon Serian, pagi tadi.
Advertisement

Oleh Marverick

SERIAN, 5 Nov: Penyandang kerusi P199 Serian selama tujuh penggal, Datuk Seri Datuk Richard Riot Jaem yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dicabar tiga calon iaitu Learry Jabul dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), calon Bebas, Alim Impira dan Elsiy Tinggang dari Parti Sarawak Bersatu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Riot tiba di Pusat Penamaan Calon di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian kira-kira pukul 8.25 pagi, diiringi pencadangnya ADUN Kedup Maclaine Ben dan penyokongnya ADUN Bukit Semuja John Ilus.

Advertisement

Manakala Elsiy tiba di pusat penama calun pukul 7.30 pagi bersama pencadangnya Peter Tajak dan penyokongnya Vincent Tingang.

Learry tiba di pusat penamaan calon pukul 7.45 bersama pencadang dan penyokongnya Mina Jugi dan Velentine Langgoi, disusuli Alim yang tiba pukul 8.10 pagi diiringi pencadangnya Thomas Daling dan Kembi Rigong selaku penyokong.

Turut hadir dan memberi sokongan, lebih seribu penyokong GPS yang memakai baju berlogo GPS dan bendera GPS berkumpul di perkarangan bangunan Pusat Pernamaan calon tersebut disamping puluhan penyokong PSB dan DAP.

Pengumuman rasmi calon tersebut dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lim Hock Meng pukul 12.33 tengah hari. — DayakDaily

Advertisement