This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 27 Jun: Kerajaan sentiasa mengalakkan ramai lagi golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, perniagaan merupakan bidang yang boleh membawa keuntungan.
“Dengan melibatkan diri dalam perniagaan, mereka akan membantu mengembangkan ekonomi negeri,” katanya ketika ditemui di Majlis Berambeh Anak Miri di Topspot Kuching malam ini.
Jelas Gerawat yang juga Adun Mulu, kerajaan ada agensi yang memainkan peranan bagi membantu golongan muda menjadi usahawan (perniagaan).
Selain agensi katanya, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan golongan muda berjaya.
Pada majlis itu, Gerawat turut merasmikan Seahorse Seafood milik usahawan dari Miri. ā DayakDaily