GKCDA peruntuk RM11 juta turap jalan kawasan DUN Opar

Billy pada perasmian projek di Kampung Sepadah.
Advertisement

KUCHING, 17 DIS: Sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan di bawah dana Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) untuk melaksanakan Projek Penurapan Jalan Rumah ke Rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ADUN Opar Billy Sujang mengumumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan, sebanyak RM1.3 juta akan digunakan untuk menjalankan projek tersebut di lapan kampung yang berada dalam kawasan pentadbiran daerah Bau.

Perkara itu dimaklumkan semasa perasmian projek berkenaan yang berlangsung di Kampung Sepadah pada Isnin.

Advertisement

“Melalui peruntukan ini, pelbagai projek pembangunan dapat direalisasikan untuk memastikan kawasan N1 Opar tidak terus ketinggalan, terutama berbanding kawasan DUN Bidayuh lain yang lebih maju,” katanya.

Antara projek yang sedang dilaksanakan dan dirancang termasuk pembinaan jalan pertanian, pembinaan dewan serbaguna dan pemasangan lampu jalan di kampung-kampung sekitar kawasan tersebut. — DayakDaily

Advertisement