Gereja Anglican St Barnabas di Miri kini siap sepenuhnya

Penguang (enam kanan) di Perasmian Bangunan Baharu Gereja St Barnabas’ Parish Taman Tunku di Miri. Foto: UKAS

KUCHING, 12 Feb: Gereja Aglican St Barnabas di Taman Tunku, Miri dengan kos berjumlah RM2.9 juta kini siap sepenuhnya, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pembinaan gereja baharu itu telah dilaksanakan menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada jawatankuasa pembinaan dan juga bagi semua jawatankuasa Gereja St Barnabas atas kerja keras dan perjuangan untuk menyelesaikan pembinaannya,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Penguang Manggil dalam Majlis Perasmian Bangunan Baharu Gereja St Barnabas Parish Taman Tunku, Miri pada Sabtu.

Sementara itu, Penguang berkata UNIFOR merupakan pertubuhan yang istimewa di Malaysia.

Katanya, ia mampu membantu penganut-penganut agama lain termasuk penganut Kristian dari segi bantuan kewangan dalam pembinaan gereja baharu. — DayakDaily