Oleh Brad Rantayy
MIRI, 13 April: Empat sekawan dicekup semalam kerana disyaki terlibat mencuri kabel pencawang syarikat telekomunikasi (telco) di Batu Niah bernilai RM10,000.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 30 March lalu, beberapa kabel dengan panjang 60 meter dari sebuah ‘power house’ telah hilang dan disyaki dicuri.
Tangkapan dilakukan dalam satu operasi dinamakan Ops Lusuh oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Batu Niah.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol, tangkapan dilakukan di tiga lokasi berasingan di sekitar Batu Niah.
Pihak polis turut menemukan beberapa kabel dipercayai dicuri semasa tangkapan.
Kesemua suspek berusia antara 23 hinggan 49 tahun kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan. — DayakDaily