Gempar mayat lelaki ditemui dalam parit

Kelihatan mayat mangsa.

Oleh Dean Adam

KOTA SAMARAHAN, Julai 15: Orang ramai di sekitar Institut Penyelidikan Tanah Gambut di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah parit di kawasan berkenaan hari ini.

Mayat lelaki yang belum dikenalpasti identiti itu ditemui kira-kira pukul 7.40 pagi.


Sumber polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan.

Katanya, dipercayai mangsa dibunuh sebelum mayatnya ditinggalkan di lokasi tersebut.

“Ini kerana, siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan mangsa dengan kedua-dua tangannya diikat.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, lelaki berkenaan mungkin bukan warga tempatan disebabkan tiada suntikan vaksin BCG pada lengannya.

“Kes ini masih lagi dalam proses siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. — DayakDaily