Gangguan bekalan air di Sri Aman, penduduk dipinta bersiap-sedia

File photo for illustration purposes

KUCHING, 25 Mei: Penduduk Sri Aman telah dipinta untuk bersiap-sedia menghadapi gangguan bekalan air esok.

Menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, notis gangguan bekalan air pada Ahad, 26 Mei, telah dikeluarkan di daerah tersebut berikutan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah.

Seluruh kawasan daerah Sri Aman akan terjejas dari jam 10 malam sehingga kerja selesai dilakukan.


“Gangguan terbabit adalah disebabkan pihak kontraktor sedang melakukan pemasangan kabel bawah tanah di kawasan ‘Intake Bayai Module 3’.

“Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan tersebut. Penduduk yang terjejas juga boleh memohon untuk penghantaran bekalan air dari pihak kami,” menurut jabatan tersebut di laman Facebook JBALB Sarawak.

Selain itu, pihak jabatan juga memberi jaminan akan memastikan gangguan bekalan air di daerah itu diselesaikan secepat mungkin.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat JBALB Sri Aman di talian 083-323240 atau 083-323242. — DayakDaily