Gangguan bekalan air Bandar Baru Samariang-Santubong mulai 10 malam hingga 6 pagi esok

Air paip

KUCHING, 12 Feb: Lembaga Air Kuching (LAK) akan meneruskan kerja-kerja baik pulih terhadap gangguan bekalan air di Bandar Baru Samariang sehingga ke Santubong pada malam ini bermula pada malam ini pada jam 10 malam sehingga 6 pagi (13 Februari).

LAK dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan melibatkan pengguna di Taman Sukma, Taman Pelita, Sumber Alam Sanctuary, Taman Desa Wira dan kawasan sekitarnya.

“Sementara itu, pihak LAK dan JBALB (Jabatan Bekalan Air Luar Bandar) akan terus mengaktifkan Pusat Pengumpulan Air Berpusat di beberapa kawasan strategik bagi memudahkan para pengguna untuk terus mendapatkan bekalan air bersih,” katanya.

Lokasi-lokasi pusat pengumpulan berpusat adalah di Bandar Baru Samariang, Taman Putri, Taman Family Park, Rampangi, Pasir Pandak, Pasir Panjang, Sungai Batu, Skim Rampangi, Sungai Lumut, Buntal, Taman Sri Permai, Sungai Bedaun, CENTEX, dan Santubong.

LAK memaklumkan bahawa isu gangguan bekalan air berpunca daripada masalah teknikal pada pintu injap 800mm LAK (Sluice Valve 800mm KWB) yang berada dalam sistem saluran bekalan air di jalan raya Jalan Sultan Tengah.

Selain itu, pihak LAK dengan JBALB akan terus meningkatkan kapasiti penghantaran bekalan air dengan menyediakan 11 buah lori tanker sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa. — DayakDaily