Gaduh berkumpulan: Enam remaja ditangkap, baki masih diburu polis

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, 18 Jan: Enam remaja lelaki berusia 17 hingga 19 tahun ditangkap susulan insiden pergaduhan di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Abang Openg, di sini sekitar tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata empat daripada suspek ditangkap berhampiran lokasi kejadian dan dua lagi ditangkap selepas mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Bagaimanapun, kita masih mengesan beberapa lagi rakan-rakan kumpulan yang masih bebas dan kita minta mereka untuk tampil menyerah diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga boleh tampil membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. ā€” DayakDaily