Friday ajak rakyat bersama bangunkan Krian

Friday (berdiri lima dari kanan) pada Ngiling Bidai di Rh Matar di Lubok Renit, Saratok baru-baru ini.
Advertisement

KUCHING, 13 JUN: Adun Krian Friday Belik mengajak rakyat di kawasannya agar bersama beliau untuk membangunkan kawasan Dun tersebut.

“Lupakan episod Pilihanraya Negeri (PRN) yang lepas, sebaliknya bersama- sama dengan saya untuk meneruskan agenda pembangunan.

“Pembangunan yang memberi kemudahan kepada rakyat adalah fokus utama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya di Majlis Ngiling Bidai yang diadakan di Rh. Insol, Malong Atas baru-baru ini.

Advertisement

Friday mengucapkan terima kasih kepada pengundi kawasan SK Malong yang telah memberi kemenangan kepada beliau pada PRN lepas.

Atas kepercayaan itu, beliau komited untuk sentiasa mengutarakan masalah rakyat kepada pihak berkuasa.

Dalam majlis berkenaan, beliau telah mengumumkan peruntukan RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Insol dan RM6,000 kepada biro wanita.

Di majlis Ngiling Bidai yang diadakan di Rh. Matar, Lubok Renit di Saratok pula, Friday telah mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi projek transformasi luar bandar (RTP), RM9,000 kepada JKKK dan RM6,000 kepada biro wanita. — DayakDaily

Advertisement