Fraidden rangkul emas peribadi kedua, menang 100M gaya kuak lentang lelaki S10

Fraidden pingat emas kedua peribadi di Para Sukma 2024 menerusi acara 100M gaya kuak lentang lelaki S10. Foto: TVS
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 23 Sept: Atlet para renang Sarawak Fraidden Dewan meraih pingat emas kedua peribadi setelah memenangi acara renang 100M gaya kuak lentang lelaki S10 pagi tadi.

Pada perlumbaan di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Fraidden mencatatkan masa 1:22:40.

Advertisement

Pingat perak diraih atlet para renang Mohd Azmin Kamarulzaman dari Melaka dengan catatan 1:46:56.

Manakala pingat gangsa milik atlet para Pulau Pinang Muhammad Nafis dengan masa 1:53:91.

Terdahulu pagi tadi, Fraidden menang pingat emas dalam acara 100M gaya kuak dada lelaki SB9. — DayakDaily

Advertisement