Forum e-Dagang Sarawak 2019 di Kuching, 15-16 Oktober

Poster mempromosi forum e-Dagang pada 15-16 Oktober.

KUCHING, 24 Sept: Forum e-Dagang terbesar di Sarawak akan diadakan pada 15-16 Oktober ini, di Hotel The Waterfront, Kuching.

Acara yang diadakan dwi-tahunan itu bertujuan untuk membawa idea, penyelesaian dan peluang untuk memajukan industri e-Dagang, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan privasi.

Ianya juga bertujuan mencari penyelesaian kepada pemain industri dan pemahaman tentang trend e-Dagang, serta menggunakan media sosial sebagai platform penceritaan yang paling berpengaruh dan terpenting dalam perniagaan.

Forum tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Acara tersebut akan mempamerkan sesi dialog dan ‘masterclass’ yang menampilkan pakar dalam bidang perdagangan digital terutamanya e-Dagang.

Acara ini terbuka kepada orang awam dan kemasukan ialah percuma.

Orang awam boleh mendaftar secara atas talian di laman sesawang www.sef19.com (Sarawak eCommerce Forum 2019).

“Fakta dan angka e-Dagang adalah 51.2 peratus populasi atau 16.6 million juta ialah konsumer e-Dagang di Malaysia, manakala 24 peratus menggunakan e-Dagang di Sarawak,” menurut kenyataan media forum.

Disamping itu 44.1 peratus menggunakan media sosial untuk mengesahkan kualiti produk selain 12 peratus pembeli batalkan pembelian kerana caj penghantaran yang tidak dijangka, tambah kenyataan tersebut.

“Fakta juga menetapkan 63.9 peratus pembeli bimbang dengan risiko penipuan kad dan 82.7 peratus pembeli bimbang dengan privasi data peribadi.” — DayakDaily