Festival Tarian Singa 2024 di Kuching Waterfront 26-28 Julai

A file photo of a lion dance performance. Photo credit: Pixabay
Advertisement

KUCHING, 22 Julai: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak akan menganjurkan Festival Tarian Singa 2024.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, festival bakal diadakan selama 3 hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront.

Program ini akan menampilkan kepelbagaian aktiviti seni, budaya, warisan dan pelancongan dan terbuka kepada orang awam

Advertisement

Acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmian Festival Tarian Singa 2024 pada 27 Julai jam 7.00 malam.

Program ini juga berperanan menjadi salah satu daya tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa di sekitar yang akan turut menyumbang ke arah menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Festival Tarian Singa 2024 yang julung kalinya diadakan ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan kegiatan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi di negeri Sarawak.

Ia melibatkan ramai pihak terutama pemain industri pelancongan dan kehadiran pelancong domestik serta antarabangsa.

Pelbagai aktiviti menanti pengunjung antaranya Perarakan Kumpulan Tarian Singa, Majlis Perasmian dan Malam Gala.

Aktiviti lain Persembahan Artis Tanah Air, Sesi Perkongsian Ilmu bersama Adiguru Kraf Kepala Singa, Demo Teknik Permainan Gendang Tarian Singa, Pameran, Jualan Kraftangan dan Program Interaktif serta banyak lagi. — DayakDaily

Advertisement