Festival Nyamai Sarawak Gastronomi 14–15 Sept di Kpg Budaya Sarawak

Nancy (empat dari kanan) menunjukkan poster promosi Festival Nyamai Sarawak Gastronomi 2024.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 27 Ogos: Seramai 150 pengusaha makanan, seni dan kraf serta pempamer bakal memeriahkan Festival Nyamai Sarawak Gastronomi 2024 pada 14–15 Sept ini di Kampung Budaya Sarawak di Santubong.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri memberitahu, festival bertujuan mempromosi keunikan makanan negeri selain membantu meningkatkan pendapatan pengusaha.

Advertisement

“Ini juga akan membantu rakyat dalam kumpulan sasaran iaitu rakyat dalam konstituensi saya, penerima kebajikan dan golongan wanita,” kata Nancy.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Festival Nyamai Sarawak Gastronomi 2024 Edisi Hari Malaysia di Kuching hari ini.

Tambah beliau, pesta itu adalah peluang kepada pengusaha untuk mempamerkan kreativiti dan inovasi dalam produk masing-masing.

Sementara itu, Anugerah Gastronomi Nyamai Sarawak yang menyediakan 12 kategori juga akan diadakan.

Anugerah bertujuan menghargai pencapaian luar biasa pengusaha tempatan Sarawak daripada gerai penjaja tradisional kepada inovator mewah. — DayakDaily

Advertisement