Festival Kraf Borneo 2024 sasar jualan RM1.5 juta

Abang Johari melawat salah sebuah reruai di Festival Kraf Borneo di Tebingan Kuching. Foto: Jabatan Penerangan Sarawak
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 Okt: Festival Kraf Borneo (FKB) sempena Regatta Sarawak bermula hari ini sehingga 3 November mensasarkan jualan sebanyak RM1.5 juta.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan plebagai aktiviti berlangsung di Kuching pada minggu ini termasuk Kuching Marathon.

Advertisement

“Sasaran mereka ialah mungkin tahun ini dapat menjual kira-kira RM1.5 juta. Kerana pada tahun 2023 mereka dapat memperoleh 1.3 juta.

“Dan pada tahun 2022 sahaja yang ada tinggi sedikit iaitu RM2 juta,” kata Abang Johari pada sidang media setelah merasmikan festival.

Menurut beliau, FKB 2024 disertai oleh 112 usahawan dengan 75 dari Sarawak, 21 dari Sabah dan selebihnya dari Semenanjung Malaysia. — DayakDaily

Advertisement