Fatimah sumbang 2,600 kotak Sumbangsih Raya 2022 kepada polis dan Rela

Fatimah (empat dari kiri) menyampaikan Sumbangsih Raya kepada wakil Rela.

KUCHING, 13 April: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini menyampaikan 2,600 kotak Sumbangsih Raya 2022.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,400 kotak disampaikan kepada Polis Diraja Malaysia manakala 200 kotak kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dalam ucapan ringkasnya, Fatimah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua agensi kerana telah banyak membantu kementerian.

Katanya, ini khususnya semasa pandemik Covid-19 di mana agensi telah membantu memudahkan urusan kementerian di dalam pelbagai sudut.

Menurut Fatimah lagi, kementeriannya mensasarkan sejumlah 11,296 kotak Sumbangsih Raya 2022 kepada pelbagai agensi. — DayakDaily