Fatimah melawat pesakit buah pinggang kronik

Fatimah meninjau keadaan pesakit.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 5: Kepayahan hidup yang dialami seorang pesakit buah pinggang kronik mendapat perhatian Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Fatimah bersama rombongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melawat pesakit berkenaan yang kini tinggal menumpang di sebuah bilik yang disewa rakannya.


Kata Fatimah, sejak sebulan lalu, pesakit tersebut dikatakan tidak dapat duduk, malah kedua-dua kakinya mengalami kekejangan akibat masalah buah pinggang yang dialaminya.

“Pesakit berkenaan hanya mampu baring sahaja dan segala makan minum dia telah diurus oleh rakannya,” kata beliau selepas lawatan semalam.

Fatimah mendapat maklumat daripada rakan pesakit.

Fatimah menambah, melihat keadaan pesakit, pihaknya akan menukar jenis bantuan yang diterima dia kepada bantuan penjagaan OKU/pesakit kronik terlantar sebanyak RM350 sebulan mulai Ogos ini.

Jelas beliau, sebelum ini pesakit berkenaan telah menerima bantuan am sebanyak RM200 sebulan. — DayakDaily