Fadillah jumpa Premier di Kompleks DUN, lapor hasil perjumpaan dengan Agong

Kelihatan Fadillah (kanan) dan Riot (kiri) hadir ke Kompleks DUN hari ini (23 Nov 2022).

KUCHING, 24 Nov: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof hadir ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar jam 3.30 petang ini setelah menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen (MP) Petra Jaya dikatakan berjumpa Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Media meramal Fadillah melapor hasil perjumpaan beliau dengan Yang Dipertuan Agong kepada Abang Johari.


“No komen, kalau mahu lebih lanjut boleh tanya Premier,” jawab ringkas Fadillah kepada media.

Turut hadir ke Kompleks DUN Setiausaha Agung GPS yang juga MP Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Presiden SUPP Dato Sri Richard Riot Jaem (MP Serian) dan Datuk Aaron Ago Dagang (MP Kanowit).

Nanta, Riot, Aaron dan Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing (MP Bintulu) turut bersama Fadillah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi.

Perjumpaan wakil GPS dengan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara adalah berkaitan pelantikan Perdana Menteri Ke-10. — DayakDaily