Fadillah: Empat tapak pembinaan di Sarawak diarah tutup

Dato Sri Fadillah Yusof

KUCHING, 11 Nov: Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, empat tapak pembinaan di Sarawak telah diarah tutup.

Menurut beliau, empat tapak tersebut telah didapati melanggar prosedur operasi ‘standard’ (SOP) langkah-langkah pencegahan Covid-19.

“Bagi negeri Sarawak sebanyak 739 tapak dibenarkan beroperasi. Daripada jumlah itu, didapati empat tapak pembinaan yang terletak di Sarawak telah melanggar SOP Covud-19 dan tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.


Fadillah yang juga MP Petra Jaya berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan lisan MP Igan Ahmad Johnie Zawawi pada persidangan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau, Kementerian Kerja Raya melalui agensi di bawahnya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan SOP Covid-19 di 7,704 tapak bina di seluruh negara.

Katanya, laporan pemeriksaan menunjukkan 6,923 tapak pembinaan telah mematuhi SOP Covid-19 dan dibenarkan beroperasi.

“Manakala 781 tapak pembinaan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak mematuhi SOP Covid-19. ā€” DayakDaily