Exzos terlampau bising: Tiga penunggang antara 12 disaman

Antara yang disaman semasa operasi tersebut di Pekan Marudi.

Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 24 Mac: Seramai tiga penunggang motorsikal disaman dalam Operasi Bersepadu pada malam Rabu di sekitar pekan Marudi kerana melakukan pengubahsuaian ezxos sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, kesalahan tersebut antara yang tertinggi dikeluarkan dalam operasi semalam.

Sebanyak 12 saman untuk perbagai kesalahan traffik telah dikeluarkan kepada penunggang motorsikal sepanjanh operasi tersebut dilakukan.

Antara kesalahan lain yang direkodkan adalah ketiadaan lesen (3), tiada cermin sisi (1), tidak mempunyai numbor pendaftaran kenderaan (2), brek tidak berfungsi(1), lampu isyarat tidak berfungsi (1) dan lesen kenderaan tamat tempoh (1).

Sebanyak 25 buah motorsikal telah diperiksa semasa operasi tersebut dijalankan di sekitar pekan Marudi.

Operasi bermula jam 7 malam itu, berakhir sekitar jam 10 malam.

Antara lokasi operasi adalah di Kampung Pemindahan , kawasan Kubu Marudi, Dataran Marudi dan sepanjang jalan stadium.

Operasi malam tadi turut melibatkan Bahagian Narkotik, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Daerah Marudi (JPJKK) dan Bahagian Tugas Am Balai Marudi. — DayakDaily