Enam sekolah dilanda banjir, amaran cuaca peringkat waspada sehingga Khamis

SK Sungai Baong di Miri yang di landa banjir hari ini (Dis 3, 2019)

KUCHING, Dis 3: Enam sekolah di empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat sejak semalam.

Menurut laporan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), paras air di kawasan terlibat naik sedalam 0.5 hingga 1 meter.

Sekolah-sekolah yang terlibat termasuk SK Tabut, Lubok Antu di Bahagian Sri Aman, SK Merambut (Limbang), dan SK Lunying, Sebuyau (Samarahan).


Tiga buah sekolah lagi terletak di Bahagian Miri iaitu SK Sg Kelabit, SK Pengarah Entri dan SK Sungai Bong.

Keadaan banjir di SK Pengarah Entri.
Amaran cuaca peringkat waspada sehingga Disember 5, 2019.

Dalam pada itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menerusi kenyataan media hari memaklumkan bahawa amaran cuaca peringkat waspada telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak.

Hujan lebat dijangka berlaku hingga Khamis ini di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah. — DayakDaily