Enam pemandu cemas, terlibat dalam kemalangan babitkan 6 kenderaan

Kelihatan kemalangan melibatkan enam kenderaan.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 4: Enam pemandu berdepan detik mencemaskan apabila terlibat dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kesemua pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.13 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP Siburan kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Kelihatan kemalangan melibatkan enam kenderaan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, empat mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

“Manakala dua mangsa lagi dihantar pasukan bomba,” katanya di sini hari ini.

Tambah jurucakap sama, kemalangan tersebut tidak melibatkan mangsa yang tersepit.

“Operasi tersebut tamat pada pukul 6.48 pagi,” katanya. — DayakDaily