Enam lelaki ditangkap berkaitan kes gaduh di Miri

Tangkap layar dari video pergaduhan tersebut yang tular di media sosial.

MIRI, 9 Jan: Seramai enam lelaki ditangkap berkaitan kes pergaduhan di sebuah tempat letak kereta di Bintang Megamall, di Miri semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kesemua suspek yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 34 tahun.

Katanya, mereka kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.


“Polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat SI Ramping Jimbai di talian 085-433222. — DayakDaily