Enam klinik kesihatan di Sri Aman berstatus daif, perlu perhatian serius – Doris

Doris pada perbahasan di Dewan Rakyat.
Advertisement

KUCHING, 23 Okt: Enam buah klinik kesihatan di Sri Aman dalam keadaan daif, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Menurut laporan TVS, Doris menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan perhatian serius terhadap keadaan klinik-klinik kesihatan tersebut.

“Kesemua klinik ini di kawasan saya, yang digambarkan sebagai “hidup segan, mati tak mahu.” kata Doris pada perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam.

Advertisement

Kesemua enam klinik tersebut ialah Klinik Kesihatan Balai Ringin, Klinik Kesihatan Mentu, Klinik Kesihatan Pantu, Klinik Kesihatan Batu Lintang, Klinik Kesihatan Tanjung Bijat, dan Klinik Kesihatan Pekan Simanggang.

Sementara itu, beliau berkata Klinik Kesihatan Pekan Semanggang dikatakan dalam keadaan terlampau daif.

Malah katanya, ia sudah tidak selamat dan hanya menunggu masa untuk roboh.

Beliau menuntut kepastian mengenai tarikh pelaksanaan pembinaan klinik baharu bagi menggantikan Klinik Kesihatan Pekan Simanggang. — DayakDaily

Advertisement