Enam individu nyaris maut terlibat dalam nahas jalan raya

Kelihatan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Oleh Dean Adam

BINTANGOR, Julai 26: Enam individu nyaris maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM1, Jalan Bintangor-Sarikei, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa dilaporkan cedera ringan dan tiada yang tersepit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.57 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Kelihatan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Toyota Unser, yang bertembung dari arah bertentangan,” katanya, di sini, hari ini.

Jurucakap sama menambah, pemeriksaan lanjut mendapati semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum membawa mereka dibawa ke hospital.

Katanya, pihak bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ di kawasan kemalangan.

“Operasi tamat pada pukul 1.50 petang,” katanya. — DayakDaily