Empat suspek kes culik diburu polis Miri

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Ogos 18: Tindakan beberapa individu kelihatan cuba menculik seorang lelaki berhampiran sebuah premis makanan di Jalan Bintang Jaya 2 petang tadi, membawa padah apabila mereka kini dalam buruan pihak polis.

Video aksi penculikan tersebut menjadi viral, apabila orang awam berjaya merakam kejadian sekitar 4 petang itu.


Dalam video berdurasi 17 saat itu, kelihatan mangsa sedang bergelut sambil menjerit meminta tolong beberapa kali, sebelum diheret masuk oleh empat suspek lelaki ke dalam sebuah kenderaan serba guna (MPV) berwarna putih berdekatan, jelas ketua polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah.

“Mangsa telah ditemui, dalam keadaan selamat sekitar jam 7 petang tadi berhadapan sebuah bank di Jalan Bendahara, dan kini sedang di balai polis pusat Miri untuk membantu siasatan,” ujar Lim.

Beliau menanbah, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seskyen 363 Kanun Keseksaan. ā€” DayakDaily