Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Kelihatan sebuah rumah yang musnah dijilat api.
Advertisement

SIBU, Okt 18: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Sengan, Jalan Durin di sini musnah terbakar hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu, tiada laporan kecederaan dilaporkan berlaku.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu, Mohamad Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.16 petang.

Advertisement

Menurutnya, sejurus itu sepasukan 11 anggota bomba dari BBP Sibu bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah yang didiami mangsa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya hari ini.

Tambahnya, operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 2.14 petang. — DayakDaily

Advertisement