Empat PPS ditutup, 776 mangsa banjir masih dipindahkan

Kelihatan pusat pemindahan sementara banjir ditutup. (gambar fail)
Advertisement

KUCHING, 20 Feb: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat jam 12 tengahari tadi menjadi hanya lapan PPS masih beroperasi di tiga daerah iaitu di Kuching, Samarahan dan Lundu.

Sekratariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak  Mejer (PA) Ismail Mehedin berkata, empat PPS berkenaan mula ditutup antara  jam 9.15 pagi hingga 9.40 pagi tadi.

Katanya, setakat jam 12 tengahari tadi, seramai 776 mangsa yang terjejas akibat banjir masih ditempat di lapan PPS yamg masih dibuka.

Advertisement

“Ketika ini, seramai 116 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Daerah Samarahan, 83 mangsa di dua PPS di Lundu dan 577 mangsa lagi di tempatkan di tiga PPS di daerah Kuching.

“Jumlah ini, merekod penurunan berbanding jumlah mangsa yang dipindahkan setakat jam pagi tadi iatu seramai 858 mangsa di 12 PPS,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hujan lebat sejak petang Khamis (18 Feb) menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kuching, Samarahan, dan Lundu dinaiki air.

Beberapa kawasan di Kuching dan Samarahan, termasuk kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatan (PKPD) di Taman Univista dilanda banjir kilat selain beberapa laluan utama dinaiki air sekaligus mengakibat berlaku kesesakan lalu lintas. — DayakDaily

Advertisement