Empat pelancong China ditemui selamat

Kelihatan pelancong warga China yang ditemui selamat.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jan 4: Empat pelancong warga China yang dilaporkan hilang di Taman Negara Bako ditemui selamat petang tadi.

Kesemua empat pelancong asing itu dijumpai selamat kira-kira pukul 6.35 petang.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua pelancong itu selamat dijumpai di lokasi check point 3.5 kawasan Tanjung Rhu.

Katanya, semasa ditemui, empat individu iaitu masing-masing dua wanita dan dua lelaki itu dalam keadaan selamat.

“Mereka kemudian dibawa ke Pusat Taman Negara Bako untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi ditamatkan sebaik mangsa selamat dibawa ke pejabat taman negara tersebut. — DayakDaily