Empat murid sekolah rendah cedera selepas van dinaiki dirempuh sebuah 4WD

Lokasi kemalangan.

Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 22 Okt: Empat pelajar sebuah sekolah rendah cedera selepas van yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) pada petang Jumaat (Okt 21) di KM 8 Jalan Long Lama/Lapok.

Kejadian dilaporkan berlakus sekitar jam 5.30 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, kesemua pelajar tersebut yang berusia 9, 10 dan 11 kini sedang dirawat di Hospital Miri.

Turut dilaporkan cedera pemandu van berusia 39 tahun dan pemandu kenderaan pacuan empat roda.

Ruslan berkata, sasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemandu pacuan empat roda berusia 23 tahun yang datang dari arah Long lama menuju Lapok mengelak lobang di atas jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van yang dinaiki kesemua empat pelajar terbabit.

Kes disiasat dibawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987 dan kes masih dalam siasatan. — DayakDaily