Empat keluarga cemas, rumah terjejas akibat runtuhan tanah

Kelihatan kesan runtuhan tanah.

Oleh Dean Adam

BINTULU, April 27: Empat keluarga di Sungai Plan di sini berdepan dengan detik mencemaskan apabila kediaman mereka terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

Bagaimanapun, kejadian yang melibatkan 18 orang penduduk tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggota bomba dari BBP Bintulu yang melakukan pemantauan, mendapati terdapat empat buah rumah terjejas akibat kejadian berkenaan.

Anggota bomba melakukan pemantauan di kawasan rumah yang terjejas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati keempat-empat rumah yang terjejas itu berada di lereng bukit,” katanya di sini hari ini

Jurucakap sama menambah, pasukan bomba kemudian memberi nasihat kepada penduduk yang terlibat supaya mengambil langkah-langkah berjaga sekiranya berlaku kecemasan. — DayakDaily