Empat bulan berkenalan, seorang wanita menjadi mangsa ‘love scam’ rugi RM120,900

PDRM logo

MIRI, 30 April: Seorang wanita, kakitangan sebuah sekolah di sini kerugian RM120,900 selepas diperdaya sindiket ‘love scam’ di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kejadian bermula pada pertengan bulan Ogos tahun lalu, selepas mangsa berusia 52 tahun itu berkenalan dengan dengan seorang lelaki di Instagram.

Alexson memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian pada April 29 (Sabtu).


“Mangsa berkata, beliau telah menerima mesej untuk berkenalan di Instagram daripada suspek,” ujarnya.

Suspek telah meminta number telefon mangsa untuk dihubungi bagi mengenali satu sama lain dengan lebih rapat

“Selepas beberapa bula, suspek telah menyatakan dirinya telah mencibtai mangsa dan akan datang ke Malaysia untuk berjumpa, ini telah menyebabkan mangsa terpedaya dan mempercayai suspek benar-benar mencintainya,” Alexson berkata.

Pada Disember tahun yang sama (2022), empat bukan selepas berkenalan, suspek telah meminta mangsa untuk bantuan kewangan

“Oleh sebab mangsa telah sayang kepada suspek, manhsa telah melakukN pemindahan wang secara atas takian sebanyak 30 kali berjumlah RM120,900 ke akaun bank pihak ketiga bermula Disember 13, 2022 sehinga Februari tahun ini (2023),” ujar Alexson.

Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya apabila suspek gagal dihubungi selepas melakukan pemindahan wang ke akaun pihak ketiga tersebut. — DayakDaily