Empat anggota TUDM maut terkena tembakan di Kota Samarahan

Anggota TUDM berkawal di lokasi kejadian sementara siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos: Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan meninggal dunia terkena tembakan hari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian dilaporkan berlaku lebih kurang jam 7.15 pagi di kem TUDM di Kota Samarahan.

Katanya, TUDM menyerahkan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

Advertisement

“TUDM juga akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

TUDM turut mengesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang dikhuatiri boleh menganggu siasatan polis. — DayakDaily

Advertisement