Dua wanita ditahan, disyaki terlibat jual loteri awam secara haram di Jambusan, Bau

Kedua-dua suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 3 Feb: Dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat kegitan menjual loteri awam secara haram di sebuah premis di Jalan Jambusan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata seorang daripada suspek merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Indonesia yang masing-masing berusia 24 dan 32 tahun.

Katanya, mereka ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau, kira-kira jam 1 petang semalam.


Jelas Poge, turut dirampas seunit telefon pintar, mesin pencetak, empat keratan kertas tertera abjad dan nombor serta sejumlah wang tunai.

Katanya kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Poge berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 4(1)(c) ARJT.

Suspek warganegara Indonesia itu turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. — DayakDaily