Dua remaja ditahan disyaki naik motosikal curi, seorang disahkan positif dadah di Kuching

Kedua-dua remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Dua remaja ditahan dalam operasi khas nombor pendaftaran kerana disyaki menunggang motosikal curi dan seorang daripada turut disahkan positif dadah.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua suspek berusia 16 tahun mulanya ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi tersebut di Kuching – Samarahan Expressway semalam.

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati seorang daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.


Kedua-duanya kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, sebanyak 157 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi yang bermula sekitar jam 11.30 pagi hingga sehingga 1.40 petang. ā€” DayakDaily