Dua pusat pemindahan sementara banjir ditutup, 74 mangsa banjir masih terjejas

Infografik dari Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jan 22: Dua pusat pemindahan sementara yang menempatkan mangsa banjir iaitu di Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut dan Surau Ar Rahman di sini telah ditutup sepenuhnya hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, bagaimanapun masih terdapat seramai 74 orang daripada 18 keluarga di daerah Lundu yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.


Kata JPBNS, seramai 42 orang daripada 11 keluarga masih ditempatkan di Balairaya Kampung Paon, Lundu.

“Manakala, seramai 32 orang daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan SK Sebat, Sematan,” kata JPBNS dalam satu kenyataan media hari ini.

DayakDaily semalam melaporkan empat buah pusat pemindahan sementara dibuka dengan seramai 133 orang daripada 32 buah keluarga terjejas. — DayakDaily