Dua Pati Indonesia lari pusat kuarantin ditangkap

Kedua-dua suspek berjaya ditangkap semula.

SIMANGGANG, 12 Ogos: Dua warga Indonesia yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Stadium Tertutup Sri Aman ditangkap semula.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Bingkok John berkata kedua-dua lelaki itu, berusia 19 dan 18, ditangkap pada tengah hari tadi di Jalan Sri Aman-Stumbin.

Katanya, kedua-dua suspek ditangkap bersama seorang lelaki tempatan sekitar jam 11.10 pagi.


Difahamkan, kedua-dua suspek merupakan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan ditahan di Penjara Pusat Sri Aman kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Mereka kemudian dikesan positif Covid-19 dan dipindahkan ke PKRC Stadium Tertutup Sri Aman untuk menjalani proses kuarantin. — DayakDaily